Ianya merupakan suatu
manhaj hidup yang memberi kekuatan kepada umat Islam sejagat. LAA ILAHA
ILLALLAH ini dapat mencetuskan perasaan gerun dan takut ke dalam diri yang
inginkan kesegaran hidup di dunia dan di akhirat, iaitu suatu perasaan yang
tidak dapat digambarkan betapa ni’matnya pengakuan LAA ILAHA ILLALLAH itu
apabila ia menjelma di dalam hati, perasaan itu tidak dapat diukir pada
senyuman mulut, perasaan itu juga tidak dapat dilukis sama sekali di atas
kertas untuk tatapan mata dan perasaan yang syahdu itu pula tidak sekali-kali
dapat dipahat pada kayu atau batu. Kerana, pengakuan ini akan
memberi kekuatan kepada setiap diri yang melapazkannya, kekuatan roh dan
jasadnya sekali, spritual atau fizikal, justeru pengakuan ini juga dapat
menambahkan keyakinan hidup untuk membina generasi yang akan datang. Kekuatan
umat manusia seluruhnya bergantung erat kepada kekuatan tali keimanan terhadap
ILAHI, kekuatan yang membezakan di antara manusia yang beriman dengan manusia
kufur, manusia Islam dengan manusia jahiliyah. Kekuatan iman mereka itu
terletak kepada penghayatan hidup terhadap pengakuan ikrar pada kalimah LAA
ILAHA ILLALLAH yang meletakkan keagungan ILAHI itu meliputi segala-galanya,
keagungan mencipta alam ini, keagungan mentadbir segala peredaran dan
perjalanan cakerawala. Pengakuan ikrar ini bererti mewujudkan keesaan yang mutlak
di dalam hati sanubari dan jiwa nurani tanpa ada sedikitpun perasaan ragu-ragu
dan syak wasangka terhadapNya dan juga terhadap kekuasaanNya.
Firman Allah Ta'ala:
ومَا خَلَقْتُ الْجِنَّ والإنْسَ الاَّ
لِيِعْبُدوْن
Maksudnya: "
Tidaklah Aku jadikan manusia dan jin melainkan supaya mengabdikan diri kepada
Aku " (Ad Zariyat: 56).
Pengakuan ikrar ini juga
merupakan hak seorang hamba terhadap ILAHI, sebagaimana yang diriwayatkan di
dalam sepotong hadith:
فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوْهُ وَلاَ يُشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا وَحَقَّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ أَنْ لاَ يُعَذِّبَ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِهِ
Maksudnya: "
Sesungguhnya hak hamba terhadap Allah ialah mengabdikan diri kepadaNya dan
tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, manakala hak Allah terhadap hambaNya
ialah tidak menyiksa orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesesuatu
" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sekian, wassalam.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment